Jangan Sebar Rahsia Maklumat Negara Kepada Pihak Luar - TPM

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan penjawat awam agar menjaga rahsia kerajaan daripada disebarkan kepada pihak luar sebagaimana janji yang dibuat ketika mula berkhidmat.

Katanya walaupun terdapat penguatkuasaan dari segi undang-undang bagi mengekang perkara itu daripada berlaku, namun individu itu sendiri haruslah mempunyai rasa bertanggungjawab pada diri sendiri dan menguatkuasakannya sendiri pada diri masing-masing.

"Kita mempunyai Akta Rahsia Rasmi tetapi itu hanya undang-undang, danpenguat kuasa yang sebenar adalah diri kita sendiri, " katanya.

Berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni Pada Bulan Ramadan serta jamuan berbuka puasa bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri di Seri Satria, pada Khamis.

Ahmad Zahid menekankan mengenai kepentingan menjaga rahsia selaras dengan sumpah yang dibuat para pegawai kerajaan dengan menggunakan nama Tuhan.

"Bagi yang beragama Islam, kita telah bersumpah dengan menggunakan nama Allah dan jika kita melanggar sumpah itu dikhuatiri akan mengundang laknat daripada Allah," katanya.

Pada majlis itu, seramai 100 anak-anak dari Pusat Tahfiz Al Taqwa, Sungai Buloh, Selangor serta golongan asnaf dan anak-anak Yatim, Paya Jaras, Sungai Buloh turut hadir bersama 1,200 tetamu yang lain. -Bernama

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan