Difteria: Tiada Rakan Mangsa Alami Gejala Serupa

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 4:55 PM

Dr Noor Hisham

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada rakan sekolah dan rakan sepermainan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari Ujong Pasir, Melaka, yang meninggal dunia akibat jangkitan difteria, mengalami gejala serupa setakat ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tindakan kawalan masih dijalankan di rumah mangsa, tadika, sekolah dan kawasan kejiranan bagi mengesan kontak (hubungan) rapatnya di Melaka dan kes difteria yang dilaporkan di Kuala Muda, Kedah.

"Kesemua kontak rapat (35 kontak di Melaka dan lapan di Kedah) telah dikenal pasti, dan mereka yang bersimptom telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

"Sampel klinikal daripada kesemua kontak rapat telah diambil untuk ujian dimana sampel bagi sembilan kontak di Melaka telah disahkan negatif, manakala yang lain masih menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata kesemua anggota keluarga dan kontak rapat pesakit jugadiberikan rawatan profilaksis antibiotik dan status kesihatan mereka dipantau rapi oleh petugas kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata pendidikan kesihatan berkaitan difteria serta carakawalan dan pencegahan turut diberikan selain memberikan suntikan kepada kanak-kanak yang tercicir imunisasi.

"Sehingga kini, terdapat dua kes kematian disyaki akibat jangkitan itu dengan masing-masing satu kematian di Melaka pada Sabtulepas dan di Kedah semalam," katanya. 

Menurutnya kedua-dua kes kematian itu menunjukkan mangsa tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap, dan mereka meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.

Selain itu, dua lagi mangsa yang disahkan difteria di Melaka dan tujuhmangsa disyaki difteria di Kedah sedang dirawat di hospital. Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacteriumdiphteriae, yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks)dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.   

"Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus," katanya. Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai, DTaPIPV//Hib(Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b) yang diberikan pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. 

Beliau berkata liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria itu. 

"Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya mengalamigejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi," katanya. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan