AirAsia Group Buat Permohonan Bertulis Kepada Menteri Pengangkutan

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 6:45 PM

Aireen Omar. Foto:SAMUEL ONG/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Group secara rasmi membuat permohonan bertulis kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kementerian berkenaan supaya mempertimbangkan permintaannya untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sebagai hab penerbangan tambang rendah serantau.

Langkah itu adalah usaha ke arah melonjakkan Kuala Lumpur sebagai "Dubai Timur".

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata syarikat penerbangan itu telah bersedia bekerjasama dengan Malaysia Airports Holding Bhd  (MAHB) bagi manfaat industri penerbangan tempatan dan rakyat Malaysia.

Susulan beberapa salah faham yang timbul berhubung isu itu baru-baru ini, beliau berkata, AirAsia mahu menjelaskan beberapa perkara berkenaan kempen berterusannya untuk menjadikan klia2 sebagai hab penerbangan tambang rendah (LCC) di rantau ini, katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata AirAsia tidak berhasrat mengubah kod rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang telah berdaftar dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai "KUL".

"Untuk rekod, apabila AirAsia beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCC) (klia2), kod lapangan terbang itu juga adalah "KUL".

Terminal lapangan terbang itu, bagaimanapun, dinamakan Terminal LCC - iaitu TerminalPenerbangan Tambang Rendah.

"Kami berharap dapat mula menamakan terminal lapangan terbang itu sebagai LCCT2, yang merupakan identiti sebenar terminal berkenaan.

Ini disebabkan MAHBenggan menerima lapangan terbang itu adalah untuk penerbangan tambang rendah,"katanya.

Aireen berkata walaupun MAHB menjelaskan bahawa Bangunan Terminal Utama (MTB) KLIA dan klia2 akan menjadi sebahagian daripada hab bersepadu, tiada bukti sokongan terhadap kenyataan itu.

"Hab bersepadu sepatutnya turut termasuk kesalinghubungan yang lancar antara terminal untuk menggalakkan penumpang saling berhubung di samping melonjakkan perjalanan bagi perkhidmatan penuh dan penerbangan tambang rendah.

"Bagaimanapun, kekurangan tren pengantara dan bas yang menghubungkan MTB kepada klia2 jelas menunjukkan terminal itu bukan sebahagian daripada hab bersepadu.

Penumpang dikenakan bayaran RM2 sehala bagi menggunakan satu-satunya tren yang menghubungkan kedua-dua terminal itu yang beroperasi dengan jadual tidak menentu," katanya.

Syarikat itu turut mencadangkan MAHB menumpukan kepada strategi dwi-hab.

MTB KLIA boleh diterajui oleh syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines yang disokong oleh pakatan One World, manakala klia2 boleh dijadikan hab penerbangan tambang rendah rantau ini, katanya.

"Trafik penerbangan AirAsia berkembang hampir 50 peratus bagi setiap suku, dengan lebih ramai pengembara ke Kuala Lumpur dan menggunakannya sebagai hab transit.

"Jika MAHB boleh menerima kepentingan LCCT2 (klia2) sebagai hab penerbangan tambang rendah, kita boleh bekerjasama untuk mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur dan mendapatkan semula kedudukan sebagai hab penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok" katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Hb , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan