Air Mata Gembira Sambut Najib Lawat Veteran Umno

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 7:12 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) menziarahi veteran Umno Wahab Sulong, 73, yang terlantar selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Jamek Kampung Pelak, malam Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Hanya air mata yang mampu menterjemah perasaan gembira dan terharu seorang veteran Umno Wahab Sulong ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya di sini malam Rabu.

Walaupun tidak mampu bertutur dengan jelas akibat penyakit angin ahmar yang dihidapinya lima tahun lalu, namun raut wajah Wahab, 73, jelas membayangkan perasaan gembira dengan kehadiran Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan.

Perdana menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat veteran Umno itu di Kampung Pelak, sebelum menyampaikan sumbangan peribadi kepada Wahab.

Menurut isteri Wahab, Normah Jaapar, 69, suaminya yang jatuh sakit sejak 2011 itu merupakan penyokong kuat perdana menteri.

"Apabila dengar sahaja ada orang mengutuk perdana menteri suami akan marah.

"Pernah sekali cucu kami berjenaka buat-buat kutuk perdana menteri, beliau lantas memarahinya," katanya kepada Bernama.

Kata Normah, suaminya selalu mengingatkan bahawa mereka sekeluarga dan orang Melayu amnya selama ini mampu hidup senang kerana kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein, dan Najib sendiri.

Normah berkata, Wahab pernah menjadi ahli jawatankuasa Umno Cawangan Pelak dan kini kesemua lima anak mereka merupakan anggota parti itu.

Normah yang turut kelihatan sebak melahirkan rasa penghargaan dengan kunjungan Najib.

Sebelum itu, Najib menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 58 warga emas dan golongan asnaf selain solat Isyak dan tarawih di masjid kampung itu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun.
Tags / Kata Kunci: Wahab Sulong , veteran Umno

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan