UniKL Agih Kerusi Roda, Rai Pesakit Hospital Kajang

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengaihkan 35 unit kerusi roda kepada Hospital Kajang pada Isnin lalu menerusi Projek Ramadan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud berkata, institusi pendidikan itu mahu menerapkan budaya memberi kepada seluruh warganya termasuk yang berbentuk kemasyarakatan.

“Selain daripada mengambil keberkatan bulan Ramadhan, penganjuran program ini bertujuan untuk mendekatkan warga UniKL bersama pihak Hospital Kajang serta para pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital ini.

“Ianya membuktikan akan kesungguhan UniKL sebagai sebuah universiti yang prihatin dengan komuniti sekelilingnya dan usaha ini akan kami teruskan dari semasa ke semasa,” katanya.



Projek Ramadan merupakan salah satu dari program tanggungjawab sosial UniKL yang dikenali dengan nama UniKL CARE dan mendapat kerjasama dari Jabatan Kerja Sosial Hospital Kajang.

Projek tersebut juga adalah usaha sama antara UniKL dan UniKL Malaysia France Institute (UniKL MFI).

Dana bagi projek ini diperolehi hasil sumbangan warga kerja UniKL dan orang awam yang sentiasa prihatin akan kebajikan pihak yang memerlukan.

Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Eksekutif UniKL, Dr Md Fikri Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Kajang, Prof Madya Dr Jamel Othman.

Selain itu, UniKL juga turut menyediakan 30 pek bekalan makanan untuk pesakit di Hospital Kajang.

Tags / Kata Kunci: UniKL , Projek Ramadan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan