Ketua Pesuruhjaya SPRM Dijangka Letak Jawatan 1 Ogos

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 10:57 PM

Abu Kassim Mohamed.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dijangka meletakkan jawatannya pada 1 Ogos depan.

Difahamkan Abu Kassim akan dipindahkan tetapi masih kekal sebagai penjawat awam.

Seorang pegawai kanan SPRM enggan mengulas perkara itu, sambil memberitahu satu pengumuman akan dibuat pada Khamis.

Abu Kassim yang berusia 56 tahun pada Disember depan, telah berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 1 Januari 2010.

Beliau memulakan kerjaya di Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1984 sebagai pegawai siasatan selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia.

Abu Kassim dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar pada 1999 dan Pengarah BPR Perak pada 2000.

Beliau menjadi Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dilantik sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.

Beliau menjadi timbalan ketua pengarah BPR pada 2007 dan kemudiannya sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Januari lalu menyebut tempoh perkhidmatan Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya hanya akan berakhir pada 2018 dan persaraan wajibnya dari perkhidmatan awam pada 2020.

Abu Kassim sebelum ini berkata, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan dan akan berhenti di atas kehendaknya sendiri atau atas sebab-sebab kesihatan.

Tags / Kata Kunci: Abu Kassim Mohamed , SPRM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan