Klinik Gigi Rawat Menantu TPM Tidak Ditutup

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat pergigian yang sedang disiasat berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi baru-baru ini tidak ditutup seperti yang dilaporkan.

Pusat tersebut menyatakan perkara ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berikutan dakwaan laporan penutupannya oleh beberapa penerbitan.

Ia mengesahkan telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membolehkan insiden tersebut disiasat.

Syed Alman Zain, 44, yang merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal pada 1 Jun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas menerima rawatan di pusat pergigian swasta berkenaan di ibu negara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan