Fokus Beralih Kepada Kabinet

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 8:16 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perhatian kini beralih kepada rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan berikutan pilihan raya negeri Sarawak serta pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri kini kosong.

Pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai senator berakhir pada Ogos tahun lepas, manakala jawatan menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi juga kosong berikutan keputusan Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk tidak melanjutkan perkhidmatannya sebagai senator.

Selain itu jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang dipegang oleh Datuk Seri Douglas Uggah Embas juga kosong.

Pada masa ini Ahli Parlimen Betong itu adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang bertanggungjawab bagi hal ehwal bukan Islam.

Adalah dipercayai bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan melantik wakil rakyat lain dari Sarawak untuk mengambil alih jawatan itu.

Dua jawatan timbalan menteri juga kosong.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam nahas helikopter pada bulan lepas, manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Datuk Seri Hamzah Zainudin juga memerlukan timbalan selepas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menjadi Menteri Besar Kedah pada Februari.

Bagaimanapun pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri masih membisu manakala menteri yang dihubungi berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet.

"Selama saya menjadi menteri...isu rombakan, pelantikan menteri atau timbalan tidak pernah dikemukakan dan kami tidak pernah bertanya," kata seorang menteri kanan.

Walau bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Perdana Menteri pernah menyebut mengenainya baru-baru ini," katanya.

Dr Wan Junaidi berkata Najib mungkin telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri dan tidak semestinya dengan orang lain.

"Oleh kerana salah satu jawatan kosong itu sebelum ini diisi oleh seorang menteri dari Sarawak, Perdana Menteri mungkin turut berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak," katanya.

Beberapa pemerhati politik berkata bahawa Perdana Menteri hanya akan membuat lantikan baharu tanpa rombakan berikutan pilihan raya umum hanya berbaki dua tahun.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak percaya bahawa tidak akan berlaku rombakan utama sebaliknya Najib hanya akan mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa Perdana Menteri mahu merombak Kabinetnya, terutama apabila tempoh parlimen hanya kira-kira dua tahun.

"Namun beliau perlu mengisi jawatan-jawatan dalam Kabinet untuk memastikan kelancaran pentadbirannya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan