Diskaun Tol Di LDP, Sprint Pada Raya Pertama

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 7:11 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) masing-masing bakal menikmati diskaun 20 sen dan 60 sen bagi semua kelas kenderaan pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) Sazally Saidi berkata diskaun itu bermula pada 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari berkenaan.

Dianggarkan hampir 492,000 pengguna lebuh raya LDP dan Sprint akan mendapat manfaat daripada sejumlah RM235,000 subsidi tol oleh Litrak itu, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Litrak bersama 40 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan Baitul Ufah, Seri Kembangan, di sini.

"Litrak berharap menerusi langkah ini, kami dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan pengguna lebuh raya kami dalam menyambut dan menyemarakkan Syawal," katanya.

Sazally berkata sejak 2010 hingga 2015, sejumlah RM8.6 juta subsidi tol diberi kepada hampir 13.1 juta pengguna LDP dan Sprint pada musim perayaan utama di Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Diskaun Tol , LDP , Sprint

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan