Cubaan Bunuh Beberapa Jam Selepas Bill Kayong Mati Ditembak

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 4:34 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BAU: Seorang lelaki cedera terkena tembakan senapang patah di kepala dalam satu cubaan bunuh di sini.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada pukul 4 petang Selasa, beberapa jam selepas ahli politik PKR, Bill Kayong ditembak mati di Miri.

Difahamkan mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari Serian bagi membawa lada hitam menggunakan lori.

Rakan mangsa kemudiannya terdengar bunyi tembakan sebaik mereka tiba di Kampung Jugan untuk ke ladang, sebelum melihat mangsa rebah di tempat pemandu.

Kepala mangsa berlumuran darah dipercayai ditembak menggunakan senapang patah.

Mangsa berusia 36 tahun dibawa oleh rakannya ke hospital di Bau sebelum membuat laporan polis.

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak di Kuching, di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.

Laporan berita memetik sumber sebagai mendakwa kedua-dua lelaki berkenaan membawa sejumlah wang bersama mereka semasa kejadian berlaku.

Satu lagi laporan menyatakan bahawa tidak dipastikan siapa yang menembaknya, adakah ia adalah tembakan sesat, atau sememangnya menjadikan kedua-dua mereka sebagai sasara,

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan