Bonus Raya RM500 Untuk Penjawat Awam Kedah

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Kedah akan memberi bonus sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan golongan pesara.

Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hospital Pulau Pinang pada Rabu.

Maklumat tersebut disampaikan Setiausaha Politik kepada Ahmad Bashah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin kepada pemberita yang menunggu di hospital.

Beliau berkata pembayaran membabitkan peruntukan berjumlah kira-kira RM4 juta itu akan dibuat bersama-sama gaji bulan Jun.

Tags / Kata Kunci: Bonus Raya , Ahmad Bashah Md Hanipah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan