BN Selangor Capai KPI Tarik 17,000 Pengundi Parti Komponen

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 7:17 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam menarik 17,000 pengundi daripada pelbagai parti komponen BN untuk keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Sabtu lepas.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pendekatan dan transformasi baharu yang diperkenalkan BN termasuk mengadakan sesi pemukiman dengan semua pimpinan BN negeri membolehkan ramai pengundi putih keluar mengundi.

"Pendirian kami di BN adalah kami tidak ambil kira perpecahan dan kelemahan parti lawan kami, tetapi apa yang ditekankan ialah menguatkan kedudukan BN sendiri.

"Sebab itulah kami capai matlamat (tarik 17,000 pengundi putih daripada parti komponen BN). Semua parti komponen termasuk MCA, MIC dan PPP mencapai KPI masing-masing setelah menunaikan janji, memastikan ahli mereka keluar mengundi," katanya dalam sidang media di sini.

Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.

Noh yang juga Pengarah PRK Parlimen Sungai Besar berkata pendekatan dan transformasi yang dilakukan dalam PRK itu akan diguna pakai dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Dalam pada itu, beliau berkata kemenangan BN di dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada PRK itu, membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.

"Dr Mahathir sepatutnya mengarahkan deklarasi ini dihentikan sebab tidak beri faedah kepada rakyat.

"Eloklah Tun berehat pada masa ini agar dapat kembali penghormatan daripada rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan