TPM Ziarah Kubur Ibu Bapa - Berita Semasa | mStar

TPM Ziarah Kubur Ibu Bapa

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 10:51 PM

Ahmad Zahid membaca surah Yasin di pusara ibu bapanya di Bagan Datoh. Foto Facebook Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan menziarah pusara ibu bapanya dalam kesibukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.

Peluang itu diambil sewaktu beliau pulang ke kawasan Parlimennya di Bagan Datoh, Perak pada Rabu.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menziarahi pusara ibunya, Tuminah Abdul Jalil dan bapanya, Hamidi Abdul Fatah.


Dua gambar beliau menziarahi pusara ibu bapanya di muat naik di akaun Facebooknya pada Rabu.

"Menziarahi pusara ayahanda dan bonda tersayang. Ya Allah, tempatkanlah mereka di syurgaMu. Al Fatihah," katanyanya di Facebook.

Kedua-dua ibu bapanya masing-masing meninggal dunia pada 2011 dan 2014.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan