Ahmad Bashah Tampil Imej Baharu, Pengerusikan Mesyuarat Exco Di Hospital

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Hospital Pulau Pinang pada pagi Rabu.

Beliau yang tampil dengan imej berjanggut tebal kelihatan ceria dan bersemangat untuk kembali bertugas selepas lebih dua minggu terlantar di hospital.

Ahmad Bashah
"Alhamdulillah saya kini sudah beransur sihat dari komplikasi usus yang saya alami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya.

"Tidak sabar rasanya untuk kembali bertugas. Walau apa pun terjadi, tanggungjawab saya kepada rakyat dan negeri Kedah mesti dilaksana dan diutamakan.

"Di kesempatan ini juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Kedah Medical Centre dan HPP yang berbakti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya menerusi kenyataan sebelum mempengerusikan mesyuarat exco di Pulau Pinang.

Pada 4 Jun lalu Ahmad Bashah, 66, dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah, setelah beliau tidak sedarkan diri ketika memberikan taklimat kepada kumpulan Ahli Umno Negeri yang akan membantu Barisan Nasional di pilihan raya kecil Kuala Kangsar, di Mergong sekitar jam pukul 7 malam.

Beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang sekitar jam 2.30 petang pada 5 Jun.

Beliau menjalani pembedahan selama lima jam untuk komplikasi usus pada hari berikutnya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah Md Hanipah , MB Kedah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan