Lagi Diculik Abu Sayyaf Tetapi Dinafikan Jakarta, Manila

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 10:22 PM

Abu Sayyaf.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf dipercaya kembali 'menyerang" di perairan antarabangsa di Laut Sulawesi.

Empat rakyat Malaysia baharu sahaja dibebaskan oleh Abu Sayyaf dua minggu lalu, kumpulan militan itu kini dipercayai menawan sekurang-kurangnya empat anak kapal warga Indonesia dari sebuah kapal tunda di perairan antara Filipina dan Indonesia, kira-kira pukul 11 pagi Rabu.

Kumpulan lelaki bersenjata itu dipercayai bersembunyi di sebuah pulau di Tawi Tawi dan bersedia untuk menuntut wang tebusan hampir RM200 juta untuk membebaskan mereka yang ditawan.

Menurut sumber, kumpulan itu cuba memasuki Jolo bersama mangsa penculikan pada Rabu malam.

Bagaimanapun, Kedutaan Indonesia di Manila menafikan laporan tersebut.


Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan