Rafizi 'Desperate' Hingga Salahkan Pengundi - Azalina

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyelar tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lepas, adalah akibat dua penyakit rakyat.

Azalina berkata Rafizi terdesak (desperate) dan tidak dapat menerima kekalahan pembangkang dalam PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor sehingga sanggup menyalahkan pengundi.

"Apabila mereka (pembangkang) menang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, kita (BN) tidak mempersoalkan, perlekeh atau memandang rendah terhadap pemilihan rakyat di negeri itu.

"Malah, kita memberi komitmen untuk bekerja bersama-sama kerana itu merupakan pilihan rakyat di negeri itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi pada Ahad lepas, yang mengatakan rakyat derita dengan dua penyakit iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan penyakit kebendaan sehingga memberi kemenangan kepada BN dalam dua PRK berkenaan.

Azalina yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan pembangkang tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

"Pembangkang dalam Parlimen, tidak pernah memperjuangkan isu rakyat di kawasan mereka. Semua isu yang mereka bawa adalah tidak relevan dan lebih kepada isu peribadi atau serangan peribadi. Jadi, saya merasa rakyat pun jemu dengan pembangkang," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kemenangan BN juga merupakan isyarat rakyat kepada BN supaya terus memberikan khidmat dan meneruskan kesinambungan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekaligus membuktikan BN relevan kepada rakyat di negara ini.

Pada PRK itu calon BN di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi memperoleh 16,800 undi dengan majoriti 9,191 undi manakala calon BN di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mendapat 12,653 undi dengan majoriti 6,969 undi.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , Azalina Othman Said

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan