PM Lawat Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 11:22 PM

Najib dikerumuni anak-anak yatim ketika mengadakan sessi walkabout ke Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah di Kampung Giching Hilir pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa meluangkan masa daripada jadual kerja yang padat untuk melawat Kompleks Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah (PKBBWM) di Jalan Burhan, Kampung Giching Hilir, di sini.

Ketibaan Najib yang berbaju kemeja putih, disambut pengetua PKBBWM Norlida Rasidi dan beliau mengambil masa kira-kira 45 minit melawat kompleks PKBBWM termasuk pejabat, bakeri, bilik jahit, surau, perpustakaan dan bilik darjah selain beramah mesra dengan penghuni, guru dan sukarelawan KPBNWM.

Pada lawatan itu, Najib mengumumkan Yayasan Pencinta akan menyumbang RM150,000 kepada KPBNWM untuk menaik taraf blok sekolah dan asrama.

Bersempena lawatan perdana menteri pada Selasa, sukarelawan IM4U mengadakan  gotong royong membersihkan dan mencantikan asrama dan perkarangan PKBBWM.

Yayasan Pencinta turut menyumbang baju raya dan duit raya kepada penghuni PKBBWM.

Sementara itu, Najib memuji usaha PKBBWM yang menyediakan kelas vokasional melalui khidmat sukarelawan, secara tidak langsung membantu penghuninya menguasai ilmu vokasional dan mempertingkatkan pencapaian akademik.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sukarelawan kerana memberi banyak sumbangan kepada kanak-kanak di sini. Usaha-usaha ini akan menjamin masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak di sini," katanya.

Baitul Barokah Wal Mahabbah yang bermaksud Rumah Yang Berkat dan Berkasih Sayang ialah sebuah pusat pengajian yang berkonsepkan kebajikan dan menaungi 73 anak-anak yatim, asnaf zakat dan fakir miskin.

PKBBWM mula beroperasi pada Mac 2011 bertujuan untuk memberi perlindungan dan pembelaan kepada yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan pendidikan yang sewajarnya dan juga melahirkan generasi pelapis kepimpinan masyarakat yang bertakwa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , PKBBWM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan