Harapan 48 Warga Indon Pulang Beraya Musnah

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 3:19 PM

ACP Wan Hassan (tengah) menunjukkan barang-barang yang dirampas ketika menahan 48 warga Indonesia 9 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Harapan untuk meraikan Hari Raya di kampung halaman tidak kesampaian apabila 48 Pati warga Indonesia ditahan ketika cuba menggunakan jalan pintas untuk pulang berhampiran Rungkup, di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, polis marin berjaya menghalang bot kargo lebih kurang 1 kilometer dari sungai pada pukul 6 pagi pada 9 Jun lalu.

"Terdapat 31 orang lelaki, 16 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

"Mereka adalah  warganegara Indonesia yang tidak mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

"Kami percaya mereka telah membayar di antara RM400 hingga RM700 bagi perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya," jelasnya kepada media pada Selasa.

ACP Wan Hassan berkata., tiga lelaki yang mengendalikan bot tersebut sempat melarikan diri terjun ke dalam laut.

Tambahnya, lapan orang ahli sindiket - lima warga Indonesia dan tiga rakyat tempatan berjaya ditahan pada keesokannya.

"Berdasarkan siasatan kami, lima warga Indonesia itu bertanggungjawab untuk mencari penumpang.

"Manakala dua rakyat tempatan bertindak menguruskan pengangkutan, mengambil warga asing dari lokasi yang berbeza seluruh negeri termasuk Penang, Selangor, dan Negeri Sembilan sebelum membawa mereka ke lokasi berlepas  sambil seorang lagi warga tempatan menjadi pemerhati agar tidak ada pihak berkuasa di kawasan itu.

"Kami masih menyiasat jika lapan orang itu adalah mereka yang terjun dari bot sebelum ini."

"Kami akan menyiasat juga jika ini melibatkan kerja orang dalam. Jika benar, kami tidak teragak-agak membawa mereka ke muka pengadilan. Kami tidak akan kompromi," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: pati warga Indonesia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan