Pati Dinasihat Dapat Dokumen Perjalanan Sah Pulang Beraya - TPM

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 9:36 PM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Semua pendatang asing tanpa izin (Pati) di Malaysia diminta pergi ke kedutaan masing-masing di negara ini untuk mendapatkan dokumen perjalanan sementara serta merta bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal meraikan Aidilfitri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua Pati supaya tidak menggunakan tekong atau ejen tidak sah kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.

"Tekong atau ejen tidak sah akan menghadapi tindakan penguatkuasaan atau mungkin bot atau kapal penumpang yang disewa tidak memenuhi spesifikasi seterusnya membahayakan nyawa penumpang.

"Kepada tekong, jangan ambil peluang PATI nak pulang ke kampung. Ingat, nyawa itu penting walaupun mereka bukan warganegara tapi kita atas dasar kemanusiaan berikan kemudahan kepada mereka," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil, berbuka puasa dan solat Maghrib bersama masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di Masjid Al-Quro di sini Selasa.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata persetujuan untuk memberi dokumen perjalanan sementara itu dibuat dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh serta kedutaan beberapa negara Islam lain yang berada di Malaysia.

"Saya dapat tahu pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Indonesia akan menyediakan kapal terbang khas untuk membawa pulang PATI di Malaysia ke negara itu," katanya.

Ditanya mengenai jumlah PATI Indonesia yang mungkin balik ke kampung halaman mereka tahun ini, Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat namun berdasarkan rekod tahun lalu terdapat 250,000 PATI dari negara jiran itu berbuat demikian.

Ahmad Zahid memberi jaminan tiada tindakan akan diambil ke atas PATI yang pulang ke negara asal untuk menyambut Syawal sekiranya mereka mempunyai dokumen serta menggunakan jalan dan pengangkutan yang sah.

"Tapi masuk kembali (ke Malaysia) perlu dengan cara yang sah, ada pasport dan kalau bekerja di Malaysia, perlu mempunyai permit kerja," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pati , balik raya , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan