Pemandu MPV Pandu 20 Km Di Lorong Motosikal Jambatan Kedua Pulau Pinang

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemandu kereta Honda Stream melalui perjalanan lebih 20 kilometer dari Batu Maung di bahagian pulau ke Batu Kawan di tanah besar menggunakan laluan yang dikhaskan untuk penunggang motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kejadian ini dipercayai yang kedua dalam tempoh kurang setahun, di mana insiden pertama berlaku pada akhir tahun lalu.

Pengurus Komunikasi Korporat Jambatan Kedua Sdn Bhd, Azizi Azizan berkata, insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 7.20 malam, Sabtu.

"Pemandu itu melintasi jambatan sebelum keluar di persimpangan sebelum Plaza Tol Bandar Cassia.

"Laluan khas untuk motosikal itu luas dan boleh memuatkan kereta kerana ia juga berfungsi sebagai lorong kecemasan," katanya, Isnin.

Azizi bagaimanapun tidak pasti sama ada pemandu itu secara tidak sengaja memasuki lorong motosikal itu.

Gambar kereta itu berada di lorong motosikal itu dimuatnaik pada Facebook Penang Kini yang sekali gus mendapat maklum balas netizen.

"Ada papan tanda memaklumkan pengguna jalan raya mengenai lorong motosikal.

"Dalam kejadian pertama, pemandu kereta terlibat memasuki lorong motosikal dan meneruskan perjalanan sehingga hampir satu kilometer sebelum mengalihkan pemanduan ke laluan kanan," katanya.

Sehubungan itu, kata Azizi, beliau akan merujuk perkara itu kepada pihak pengurusan syarikat bagi membincangkan penyelesaian terbaik.

Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa memerhatikan papan tanda dan menggunakan laluan yang betul.

Ketua Polis Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Tan Boon Hooi berkata, pihaknya akan memeriksa kejadian itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan