Pahang Bakal Guna No Plat Eksklusif 'VIP'

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bakal memperkenalkan penggunaan siri nombor pendaftaran kenderaan khas VIP 1 hingga VIP 9999 dalam usaha untuk mengumpul dana bagi tujuan promosi dan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017.

Sumber kerajaan negeri memaklumkan, permohonan kerajaan negeri untuk  mendapatkan hak eksklusif bagi siri nombor pendaftaran khas tersebut telahpun diluluskan Kementerian Pengangkutan.

Menurutnya, tujuan penjualan nombor pendaftaran khas VIP atau ringkasan daripada perkataan 'Visit Pahang' itu bertujuan untuk mengutip dana bagi keperluan promosi Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP).

"Ia adalah sebagai salah satu cara untuk mengelakkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan negeri kerana usaha untuk menganjurkan dan mempromosikan TMP memerlukan kos agak tinggi kerana ia akan dilakukan sehingga ke kota London.

"Selain itu kerajaan negeri juga ingin menjadikan nombor pendaftaran siri khas ini sebagai kenangan dan ingatan kepada TMP 2017 pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Katanya, langkah itu juga antara cara untuk mengelakkan pihak penganjur terlalu mengharap kepada tajaan mana-mana pihak yang sudah tentu sumbangannya agak terhad.

Dalam masa yang sama, katanya kerajaan negeri turut mengharapkan jualan terhadap nombor pendaftaran siri khas VIP ini mampu meraih bidaan yang tinggi sama seperti nombor pendaftaran 'F'untuk Putrajaya.

Katanya, kerajaan negeri dijangka membuat sidang media khas bagi memaklumkan perkara itu selepas segala urusan yang berkaitan selesai dengan pihak yang berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pahang , no plat , VIP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan