13 NGO Dayak Kutuk Pembunuhan Bill Kayong

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 6:13 PM

Dr Dusit Jaul.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tiga belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Sarawak mengutuk pembunuhan aktivitis Dayak, Bill Kayong yang ditembak oleh individu tidak dikenali di Lutong, Miri awal pagi Selasa.

Kayong, 43, sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat semasa beliau dibunuh.

Antara NGO itu ialah Kesatuan Dayak Nasional Sarawak (SDNU), Persatuan Dayak Bidayuh Nasional (DBNA), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Graduan Dayak (SGA), Persatuan Graduan Bidayuh (BGA), Barisan Iban Sarawak (BISA) dan Kongres Dayak Nasional (DNC).

Jurucakap gabungan NGO itu, Dr Dusit Jaul, yang juga Presiden DGA, membacakan kenyataan bersama pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

"Tindakan kejam ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat  Dayak kerana perbuatan itu umpama seperti "menjolok sarang tebuan" dan pada masa sama menguji kesabaran orang Dayak.

"Susulan pembunuhan ini, kami menggesa semua anggota masyarakat untuk kekal tenang dan tidak mengambil undang-undang di tangan mereka sendiri," katanya.

Dusit berkata polis perlu segera menjalankan penyiasatan secara menyeluruh dan menahan penjenayah terbabit.

Datuk John Tenuwek, bekas Duta Malaysia ke Myanmar dan Timbalan Presiden DNC berkata beliau terkejut dengan berita pembunuhan itu.

"Ini merupakan tindakan terhadap kerajaan negeri Sarawak, negara Malaysia dan kemanusiaan dan bukan hanya terhadap komuniti Dayak sahaja.

"Walaupun saya tidak kenal beliau secara peribadi, saya dengar banyak kisah mengenai beliau yang berjuang untuk hak milik tanah masyarakat Dayak," katanya.

Presiden SADIA Sidi Munan berkata polis perlu menjalankan siasatan terperinci.

"Tetapi kita jangan campur tangan dalam penyiasatan mereka. Kita patut membantu dalam apa juga cara supaya kita tahu motifnya, siapa penjenayah terbabit dan dalang kes bunuh ini," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong , pembunuhan , PKR

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan