MB Kedah Pengerusikan Mesyuarat Exco Di Hospital Esok - Berita Semasa | mStar

MB Kedah Pengerusikan Mesyuarat Exco Di Hospital Esok

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 5:55 PM

Ahmad Bashah Md Hanipah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mempengerusikan mesyuarat exco di Hospital Pulau Pinang pada Rabu.

Setiausaha Akhbarnya, Nahar Tajri dalam mesej WhatsApp kepada pemberita pada Selasa berkata mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu.

Pada 4 Jun lalu, Ahmad Bashah, 66, dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas rebah semasa memberi taklimat kepada sekumpulan ahli Umno negeri yang akan membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar di Mergong kira-kira pukul 7 malam.

Beliau bagaimanapun dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang pada pukul 2.30 petang, 5 Jun lalu.

Ahmad Bashah menjalani pembedahan pembedahan kecil di bahagian usus yang mengambil masa selama lima jam keesokan harinya.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan