Lagu 'Kelik La Wei' Gamit Rakyat Kelantan Di Perantauan Pulang Ke Kampung

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Bagi menyemarakkan kepulangan rakyat Kelantan di perantauan ke kampung halaman bersempena Aidilfitri yang akan disambut bulan depan, seorang komposer menghasilkan lagu berjudul "Kelik La Wei'.

Komposer berasal dari Kelantan, Eddie Hamid berkata ini adalah kempen terbaru buat penduduk Kelantan supaya pulang menyambut raya di kampung halaman.

"Buat masa ini sebanyak 2,000 keping VCD (cakera padat video) lagu ini akan diedarkan secara percuma kepada warga Kelantan di luar supaya mereka sama-sama pulang beraya di kampung," katanya pada majlis pelancaran VCD lagu itu di sini, Isnin malam.

Eddie berkata VCD lagu terbabit tidak akan dikomersialkan kerana sudah membuat perjanjian dengan penajanya dan hanya akan diberikan secara percuma kepada anak Kelantan yang mahukannya.

Katanya menjelang Syawal, pihaknya akan cuba mengadakan kerjasama dengan pemilik syarikat bas untuk memperdengarkan lagu berkenaan sepanjang perjalanan pulang ke kampung.

"Apa yang saya lakukan ini adalah sebagai satu cara bagi mendorong anak jati Kelantan pulang ke kampung kerana kita tahu ada yang begitu lama bekerja dan menetap di luar sehingga berat hati untuk pulang ke kampung," katanya.

Eddie berkata sebenarnya idea tersebut timbul secara sendiri selepas melihat dirinya sendiri yang sukar pulang ke kampung selepas begitu lama bekerja di Kuala Lumpur.

Katanya lagu tersebut dinyanyikan oleh dua penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan iaitu Man Khan atau nama sebenarnya Wan Nukman Wan Hamdan, dan Aris Kapilla atau nama sebenarnya Abdul Ariff Ariffin.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kelik La Wei , Eddie Hamid , Aidilfitri , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan