Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 6 Julai

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 10:11 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan ditujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga 6 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata perintah berkurung itu, yang berkuat kuasa dari 7 malam hingga 5 pagi, membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Dengan berkuat kuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal dikawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu dinyatakan," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Abdul Rashid berkata langkah meneruskan perintah berkurung itu adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong yang berkunjung kepulau-pulau peranginan di kawasan terbabit.

Beliau berkata berdasarkan maklumat diterima, kumpulan dari selatan Filipina yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh di perairan Esszone untuk melakukan jenayah rentas sempadan yang lain.

Katanya, selain untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah, perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan. 

Abdul Rashid berkata pihaknya juga telah menurunkan kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan perintah berkurung itu untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Esszone , Sabah , Perintah berkurung

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan