Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Sehingga Rabu

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Labuan dan Reef South sehingga Rabu.    

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya pada Selasa, berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Angin Kencang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan