Tema Sehati Sejiwa Sempena Hari Merdeka Tidak Berubah

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, Isnin.

Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.

"Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama Hari Kebangsaan sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya.

Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.

"Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri," katanya.

Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.

"Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.

"Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.

Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil.

Tags / Kata Kunci: Hari Kebangsaan , Sehati Sejiwa

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan