"Tidak Perlu Siasat Ke Mana Wang RM12 Juta" - Khalid

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 3:48 PM

Keempat-empat mangsa culik yang berasal dari Sarawak itu dibebaskan pada 8 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak ada keperluan untuk melakukan siasatan mengenai wang RM12 juta yang dibangkitkan keluarga empat mangsa culik dari Sarawak yang telah dibebaskan, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman pada Isnin selepas menyerahkan sumbangan kuih raya kepada anggota polis.

"Saya sudah menjelaskan sebelum ini bahawa polis tidak terlibat," katanya.

Empat rakyat Sarawak iaitu pasangan adik beradik Wong Teck Pang, 31, dan Teck Chi,  29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, (bukan ahli keluarga) diculik kumpulan lelaki bersenjata dari kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina.

Menurut laporan RM9 juta berjaya dikutip menerusi derma oleh beberapa individu, RM1 juta hasil gadai janji hartanah manakala RM2 juta lagi dari syarikat perkapalan tempat keempat-empat tebusan bertugas.

Keluarga kesemua tebusan dihimpit pelbagai persoalan mengenai ke mana wang derma itu berikutan tiada bayaran wang tebusan dibuat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, wang derma berjumlah RM12 juta yang dikumpul untuk membebaskan empat anak kapal dari Sarawak tidak dibayar sebagai wang tebusan tetapi disalurkan kepada organisasi tertentu di Filipina.

Katanya, tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan keempat-empat mereka kerana kerajaan memutuskan untuk tidak mempedulikan tuntutan berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan