Najib Lebih Daripada Mampu Ketuai BN Untuk PRU-14

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 2:52 PM

Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir meraikan Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi selepas diumumkan memenangi kerusi parlimen tersebut di Pejabat Umno Bahagian Sungai Besar pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih daripada mampu untuk mengetuai Barisan Nasional menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata kemenangan besar dalam kedua-dua PRK itu membuktikan adalah salah dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya BN akan kalah di bawah kepimpinan Najib.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Isnin, Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dam Kesejahteraan Bandar, berkata Kempen anti-Najib Tun Mahathir telah gagal dan pembangkang berpecah dan tidak keruan serta dilihat tidak berupaya untuk mentadbir sebuah kerajaan.

"Rakyat mempercayai BN di bawah kepimpinan perdana menteri untuk menyediakan pembangunan ekonomi dan jaminan keselamatan," katanya.

Abdul Rahman berkata rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menentang sebarang cubaan untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Bagaimanapun, dua hari selepas itu, Azharuddin muncul bersama Chegubard dalam satu sidang media untuk menjelaskan bahawa akuan bersumpah kedua itu adalah palsu.

Abdul Rahman berkata Tun Dr Mahathir harus menerima kehendak demokrasi rakyat, walaupun ia tidak selari dengan kepentingan peribadinya.

"Adalah lebih baik beliau bersara awal daripada terpaksa menanggung malu lagi," katanya.

Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar bagi BN dengan majoriti undi 6,969, mengalahkan Dr Najihatussalehah Ahmad daripada PAS (5,684 undi), Dr Ahmad Termizi Ramli dariada  Amanah (4,883) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (54).

Mastura merupakan balu kepada Anggota Parlimen Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei.

Tan Sri Noriah Kasnon, yang merupakan MP Sungai Besar, turut terbunuh dalam insiden itu yang memerlukan PRK turut dadakan di Sungai Besar.

PRK itu dimenangi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191-undi.

Beliau mengalahkan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah yang mendapat 7,609 undi dan Dr Abdul Rani Osman (PAS) yang mendapat 6,902 undi.- BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , BN , PRU-14

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan