1,188 Gelandangan Dapat Pekerjaan Menerusi Anjung Singgah KL

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,188 penghuni di Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Kuala Lumpur terdiri daripada golongan gelandangan berjaya mendapat pekerjaan dan 508 penghuni telah pulang ke pangkuan keluarga, setakat Mei lalu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah tersebut adalah hasil kejayaan Sesi kaunseling yang diberikan sepanjang mereka berada di sini.

"Golongan ini dibantu daripada aspek psikologi oleh pakar kaunseling di sini (Anjung Singgah) bagi meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk kembali kepada kehidupan yang lebih baik.

"Di samping itu, ia juga bagi memulihkan semangat mereka yang hilang dan menggalakkan mereka untuk mencari semula kekuatan dalam diri," katanya.

Beliau turut menyeru agar mana-mana wakil NGO sekiranya mempunyai maklumat mengenai golongan gelandangan yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya, agar merujuk perkara itu kepada YKN untuk bantuan.

Shahrizat berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan sempena program Sinar Kasih Ramadan, di sini pada Isnin.

Dalam program itu, sebanyak 500 beg mengandungi pakaian, makanan dan minuman untuk berbuka puasa disumbangkan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur selain khidmat menggunting rambut secara percuma disediakan.

Tags / Kata Kunci: Gelandangan , Anjung Singgah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan