Kemenangan Di Sungai Besar Bukti Peningkatan Sokongan Kaum Cina Kepada BN

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 7:00 AM

Chong Sin Woon.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) sebanyak 35 peratus, berbanding hanya 13 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata ini sekali gus melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus yang dimahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Secara keseluruhan kawasan yang dijaga MCA mendapat 40 peratus pengundi, termasuk selain daripada kaum Cina dalam kawasan Sekinchan.

"...(Tetapi) adalah lebih selamat jika kita katakan sebanyak 35 peratus sokongan diterima daripada pengundi Cina," katanya kepada pemberita selepas meraikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi, di sini Sabtu.

Budiman menang dengan majoriti besar 9,191 undi mengalahkan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

Chong turut menyifatkan PRK itu sebagai satu permulaan buat MCA untuk meneruskan misi mentransformasikan parti berkenaan.

Dalam pada itu, Chong mengakui kejayaan kerajaan BN membawa pulang dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia baru-baru ini, antara faktor yang melonjakkan sokongan pengundi Cina pada PRK itu.

"Selain itu, semangat kerjasama yang bagus terjalin antara parti komponen BN iaitu Umno, MCA dan Gerakan membolehkan kemenangan tersebut memihak kepada kita bagi melebarkan majoriti berbanding PRU13," katanya.

Pada PRU13, BN meraih majoriti sebanyak 399 undi bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menyifatkan kejayaan itu adalah kemenangan besar kepada BN kerana parti itu memenangi hampir 50 peratus undi kaum Cina pada PRK itu.

"Sasaran dan pendekatan kita yang merendah diri telah membuahkan hasil dan pengundi menunjukkan bahawa mereka sudah bosan dengan kumpulan Pakatan di Selangor," katanya dalam kenyataan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mengucapkan tahniah kepada parti Gerakan Selangor dan jentera pilihan raya mereka yang bekerja keras, sambil menambah bahawa kemenangan itu menyuntik kembali semangat Gerakan dan BN.

"Saya menyeru kepada kepimpinan BN untuk mengambil iktibar daripada keputusan ini dan berusaha ke arah mengukuhkan semula penglibatan kita dengan masyarakat Cina," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan