PAS Rakam Penghargaan Kepada SPR, Pihak Keselamatan

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak keselamatan yang bekerja keras memastikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam, berjalan lancar dan tenang.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih parti pilihan masing-masing.

"Kepada pengundi yang memilih PAS, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana terus memberikan kepercayaan kepada PAS," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

PRK Kuala Kangsar dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang memperoleh 12,653 undi untuk menewaskan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad yang meraih 5,684 undi, calon Parti Amanah Negara (Amanah) Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) serta calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang mendapat 54 undi dan hilang wang pertaruhan.

Di PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16,800 undi mengalahkan calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang memperoleh 6,902 undi dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur yang meraih 7,609 undi.

Tags / Kata Kunci: PAS

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan