PAS Rakam Penghargaan Kepada SPR, Pihak Keselamatan

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak keselamatan yang bekerja keras memastikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam, berjalan lancar dan tenang.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih parti pilihan masing-masing.

"Kepada pengundi yang memilih PAS, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana terus memberikan kepercayaan kepada PAS," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

PRK Kuala Kangsar dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang memperoleh 12,653 undi untuk menewaskan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad yang meraih 5,684 undi, calon Parti Amanah Negara (Amanah) Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) serta calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang mendapat 54 undi dan hilang wang pertaruhan.

Di PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16,800 undi mengalahkan calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang memperoleh 6,902 undi dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur yang meraih 7,609 undi.

Tags / Kata Kunci: PAS , Abdul Hadi Awang , SPR , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan