Selepas Burung Unta, Kuda Pula Terlepas Di Kelantan - Berita Semasa | mStar

Selepas Burung Unta, Kuda Pula Terlepas Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas Chickaboo si burung unta yang melarikan diri hingga menjadi sensasi Internet hingga menjadi tajuk utama akhbar, media sosial kembali 'kecoh' dengan video viral seekor kuda berlari di jalan raya di Kelantan.

Kuda bewarna coklat itu dilihat di Kota Baru pada pagi Ahad.

Seorang pengguna Facebook, Adli Alimin memuat naik dua video menunjukkan kuda berkenaan berlari di lorong kanan.

Dalam masa beberapa jam video itu telah dikongsi ribuan pengguna Facebook.

Menurut Adli, kejadian itu dirakamkan ketika dia dalam perjalanan ke pejabat pada pukul 10 pagi.

"Kuda itu berlari di jalan selama lebih kurang 45 minit. Berdasarkan maklumat yang saya terima, kuda itu berlari dari Pasir Pekan di Wakaf Bharu ke Kubang Kerian," katanya.

"Ia cukup menakjubkan kerana jarak antara dua lokasi itu lebih kurang 10km," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan