Sungai Besar Titik Permulaan BN Mampu Rampas Selangor - Najib

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2016 12:32 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang ke Sungai Besar bagi meraikan kemenangan BN bersama kepimpinan BN lain pada PRK Parlimen berkenaan.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasinal (BN) pada pilihan raya kecil di sini adalah titik permulaan untuk merampas semula Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perdana menteri berkata, pencapaian yang menakjubkan dengan majoriti 9,191 undi itu juga baginya adalah hasil usaha parti itu di semua peringkat.

"Ia kemenangan yang cukup istimewa buat BN dengan kesabaran dan ketabahan kita, orang kutuk, lanyak, hina kita di bulan puasa dan Allah beri kemenangan kepada orang yang sabar.

"Saya cuma nak buat kerja dan sentiasa berdoa jika saya betul tunjukkanlah dan hari ini Allah telah beri kita dua kemengangan, moga ia jadi azimat baharu kepada kita semua," katanya yang mengakui tidak percaya BN boleh mencapai kemenangan besar dengan angka yang diluar jangkaan.

BN diumumkan sebagai pemenang dalam pertembungan tiga penjuru ini dengan majoriti 9,191 undi, meninggalkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) dengan 7,609 undi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang mendapat 6,902 undi.

Sehubungan itu, Najib mahu jentera parti untuk kuatkan azam, bersungguh-sunggu dan berjuang habis-habisan kerana ternyata ada harapan untuk membawa perubahan di Selangor. 

"Kemenangan di Sungai Besar beri momentum untuk Selangor kembali kepada BN, oleh itu kita perlu terus berjuang, jangan hilang fokus.

"Ternyata BN diterima semua kaum dan bukan sahaja Melayu, malahan juga mendapat sokongan Cina, India dan bukan hanya Jawa dan Banjar tetapi semua kerana BN berjuang untuk semua kaum," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sikap sambil lewa kerana kemenangan ini bukan tiket untuk bersenang-lenang, tetapi sebagai semangai baharu untuk mencapai kemenangan lebih besar pada PRU-14.

"Belum boleh lunjur kaki, kena sinsing lengan dan turun padang bersama-sama untuk pastikan BN kembali semula di Selangor," katanya.






Tags / Kata Kunci: BN , PRK Sungai Besar , Selangor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan