Zahid Terima Kasih Kepada Pengundi Cina

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 11:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada pengundi Cina di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana membantu kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) di kedua-dua pilihan raya kecil (PRK).

"Sebagai penyelaras Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil di sini dan di Sungai Besar, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Sungai Besar terutama pengundi Cina di Sekinchan dan Pekan Sungai Besar yang memberikan kepercayaan kepada calon BN.

"Begitu juga kepada pengundi Cina di Kuala Kangsar yang juga telah mula memberi kepercayaan kepada BN," kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas keputusan rasmi pilihan raya kecil di sini yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Jubli Perak.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada semua parti komponen BN di atas kerjasama rapat mereka sepanjang kempen PRK.

BN mengekalkan kerusi Parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dengan majoriti undi masing-masing 9,191 dan 6,969 undi.

Calon BN, Budiman Mohd Zohdi dari Umno memperoleh 16,800 undi di Sungai Besar berbanding Azhar Abdul Shukur (Amanah) dengan 7,609 undi, manakala Dr Abdul Rani Osman (PAS) hanya 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi.

Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS) mendapat 5,684 undi, manakala Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) memperoleh 4,883 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary kehilangan deposit apabila memperoleh hanya 54 undi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan