Wahid Pandu Uber Kumpul Dana Kebajikan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 4:30 PM

Abdul Wahid Omar

Wahid Omar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Motif Tan Sri Wahid Omar menimba pengalaman sebagai pemandu Uber terjawab apabila beliau melakukannya untuk tujuan amal.

Datin Orked Ahmad yang merupakan adik kepada pengarah filem Allahyarham Yasmin Ahmad berkongsi paparan skrin perbualannya menerusi aplikasi WhatsApp bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, di Facebook.

"Ia merupakan sesuatu yang saya mahu lakukan sebelum ini tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana sebagai menteri, kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai peraturan berhubung Uber menjalankan operasi teksi," kata Wahid dalam respons kepada soalan yang diajukan Orked tentang pengalaman beliau sebagai pemandu Uber.

Pengguna Facebook, Firdaus selfie bersama Wahid yang memberi khidmat selaku pemandu Uber selama tiga hari.

Wahid berkata, beliau telah mendaftar sebagai pemandu Uber pada Khamis lalu dan seterusnya menjelaskan bahawa beliau mengambil keputusan untuk bertindak sedemikian dengan inisiatif sendiri berdasarkan tiga objektif.

Menurut Wahid, selain mahu menimba pengalaman sebagai pemandu Uber, beliau mahu mempromosikan model Proton Perdana yang baharu sebagai kenderaan eksekutif negara serta turut mengumpul dana bagi tujuan amal.

"Ada rakan-rakan saya berjanji untuk menambah nilai untuk tujuan amal. Setakat ini saya memdapat 30 'top up'. Ini bermakna perjalanan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya ke KL Sentral dengan tambang RM30 akan bernilai RM900 untuk kebajikan!" ujar Wahid.

Tags / Kata Kunci: Wahid Omar , Uber

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan