Menang PRK Kuala Kangsar, Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Mastura

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 9:33 PM

Ahmad Zahid ketika berkunjung ke kediaman Mastura bagi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada PRK Kuala Kangsar.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Datin Mastura Mohd Yazid di kediamannya di Bukit Chandan untuk menyampaikan  ucapan tahniah atas kemenanganya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Ahmad Zahid disambut Mastura dan empat anak lelakinya di ruang tamu rumah mereka pada pukul 8.10 malam.

Mereka bersembang seketika dan kedengaran Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada Mastura kerana keputusan PRK menunjukkan beliau menang dengan memperoleh majoriti besar.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Pada 8.40 malam, keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional memperoleh 9,435 undi, diikuti Amanah dengan 4,434 undi, manakala PAS mendapat 3,947 undi dan calon Bebas dengan 43 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, arwah suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad memperoleh 14,215 undi, menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah yang mendapat 13,136 undi dan calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim memperoleh 447 undi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan