Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri Di Istana Pasir Pelangi Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Keluarga kerabat Diraja Johor tidak akan meraikan sambutan Hari Raya dengan rakyat di negeri ini bagi menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor.

Perkara itu diumumkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman Facebook rasminya bahawa keluarga tersebut memutuskan tidak mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya untuk orang ramai pada tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas.

Pada masa sama, keluarga Diraja itu menghargai setiap peluang untuk meraikan sambutan perayaan tersebut bersama rakyat tetapi pada tahun ini, ia akan diadakan secara peribadi bagi memperingati kemangkatan Tunku Abdul Jalil pada Disember tahun lalu.

"Almarhum Tunku Laksamana Johor mangkat pada 5hb Disember 2015. Hari lahirnya jatuh pada 5hb Julai - hari terakhir dibulan Ramadan - dan waktu tersebut merupakan saat yang memilukan dan sukar kerana Tuanku Sultan dan keluarga Baginda masih dalam keadaan gundah dan sedih mengenangkan Almarhum.

"Keluarga DiRaja Johor sebaliknya akan menunaikan Sembahyang Hari Raya (solat sunat AidilFitri) di masjid sebelum menziarahi Makam Diraja bagi membaca Surah Yassin untuk Almarhum, dan selepas itu akan memperuntukkan masa bersama keluarga secara peribadi," demikian menurut kenyataan dalam Facebook itu.

Ia merupakan tradisi bagi rakyat pelbagai kaum untuk datang ke Istana Pasir Pelangi bagi meraikan sambutan Hari Raya bersama keluarga kerabat Diraja Johor itu.



iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan