SPAD Cadang Kerajaan Benarkan Khidmat Uber, Grabcar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 11:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksinya antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grabcar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

"Cadangan itu bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing," kata SPAD dalam kenyataan di sini, Sabtu malam.

Menurut kenyataan itu, SPAD juga mengesyorkan agar lesen baharu dikeluarkan kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod prestasi bersih bagi memupuk semangat keusahawanan di peringkat individu. 

"Ia juga menyediakan opsyen keluar yang berdaya maju bagi pemandu teksi yang layak dan yang terbeban oleh model pajakan sedia ada," katanya sambil menjelaskan bahawa SPAD juga mencadangkan agar pemandu teksi diberi opsyen menggunakan lebih banyak model kenderaan.

SPAD berkata cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan itu menggariskan secara terperinci penyelesaian "untuk meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan dan menggalakkan persaingan sihat dalam industri berkenaan."

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah dalam kenyataan itu berkata suruhanjaya berkenaan percaya bahawa "pengliberalan model teksi merupakan suatu kemestian dalam landskap industri berdaya saing yang ingin kami wujudkan untuk industri ini."

"Jelas sekali, pembaharuan ini serta perubahan berkenaan akan memberi kesan besar terhadap industri teksi kita. Sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet, kami akan menyediakan butirannya bagi memastikan penyelesaian dilaksanakan dengan sewajarnya, dengan mengambil kira kerumitan yang dihadapi dalam melakukan peralihan itu," kata beliau.

SPAD berkata ia telah mengemukakan penyelesaian dicadangkan itu di bawah program berkenaan kepada Majlis Ekonomi dan mendapat maklum balas positif mengenainya.

"Suruhanjaya ini akan mengumumkan butiran penuh apabila tiba masanya dan menyasarkan Kabinet akan memberi kelulusannya Julai ini," kata kenyataan itu.

Sementara itu, SPAD memohon kerjasama semua pihak supaya bersabar bagi mengelak timbulnya kontroversi dan kekeliruan," kata kenyataan itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SPAD , Uber , Grabcar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan