PRK Sungai Besar: 30 Pusat Mengundi Dibuka

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 8:18 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bermula tepat pukul 8 pagi Sabtu dengan 30 pusat mengundi telah dibuka.

Seramai 42,365 pengundi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan dan Sungai Panjang layak membuang undi dalam pilihan raya kali ini.

Antara pusat mengundi yang menjadi tumpuan adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, tempat di mana calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi,44, membuang undi.

Beliau tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau pada pukul 8.35 pagi bersama bapanya Mohd Zohdi Abdullah, 72 dan ibunya Fatona Saimin, 62 yang turut mengundi di lokasi sama.

Bagaimanapun isterinya Norma Aida, hadir untuk menemani suaminya sahaja kerana bukan merupakan pengundi berdaftar di kawasan ini.

Dalam saingan tiga penjuru ini, Budiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang dicabar oleh calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Ab Shukur.

Budiman dan Azhar adalah calon tempatan tetapi Azhar tidak mendaftar undi di kawasan Sungai Besar.

Semua pusat pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang untuk proses pengiraan undi yang akan dibuat di Dewan Seri Bernam.

SPR menjangkakan keputusan undian akan diumumkan seawal pukul 9 malam ini.

Seramai 286 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Selasa dengan terdapat empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Tags / Kata Kunci: PRK Sungai Besar , Budiman Mohd Zohdi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan