Pengundi Tertua Di Sungai Besar Laksana Tanggungjawab

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 11:52 AM

Pengundi warga emas, Asmah Kassan, 107, dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Pengundi tertua di Parlimen Sungai Besar keluar melaksanakan tanggungjawabnya sempena pilihan raya kecil (PRK) parlimen tersebut pagi Sabtu.

Asmah Kassan, 107, yang hadir berkerusi roda, ditemani cucunya, Indarwaty Tumadi, 40 serta dua anak saudara, Osman Mat Amin dan Kamal Karim.

Warga emas ini selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau pada pukul 9.10 pagi.

Indarwaty berkata neneknya itu yang hanya fasih bahasa Jawa telah mengundi sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

"Walaupun sudah uzur dan tidak boleh berjalan, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mengundi," katanya.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi turut mengundi di pusat mengundi sama.

Beliau tiba pada pukul 8.35 pagi ditemani isterinya Norma Aida serta bapa dan ibunya, Mohd Zohdi Abdullah dan Fatona Saimin yang turut mengundi di tempat sama.

Budiman berkata walaupun tempoh berkempen sudah tamat, beliau mempunyai jadual yang padat pada hari ini.

"Saya bercadang untuk melawat semua 30 pusat mengundi hari ini.

"Saya harapkan cuaca hari ini berterusan baik dan mengharapkan lebih ramai pengundi akan keluar mengundi," katanya

Tags / Kata Kunci: Sungai Besar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan