PRK Kuala Kangsar: Mastura Selesai Buang Undi

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 9:34 AM

Mastura Mohd Yazid.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid membuat penampilan pertama di khalayak ramai apabila membuang undi di SK Raja Perempuan Muzwin.

Isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il tiba di sekolah tersebut pada pukul 8.30 pagi dan selesai membuang undi kira-kira pukul 8.45 pagi.

Sepanjang dua minggu tempoh berkempen, beliau tidak pernah meninggalkan kediamannya di Kuala Kangsar kerana masih dalam tempoh Iddah berikutan kematian suaminya.

Sekolah tersebut merupakan salah sebuah pusat membuang undi untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan yang mempunyai seramai 2,764 pengundi berdaftar.

Mastura dilihat berbual dengan pengundi yang turut membuang undi di sekolah itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan