PRK Sg Besar: Jamal Isytihar BN Menang - Berita Semasa | mStar

PRK Sg Besar: Jamal Isytihar BN Menang

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 7:29 PM

(Ubah saiz teks)


SUNGAI BESAR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil di sini.

Beliau menghantar mesej menerusi kumpulan WhatsApp BN memaklumkan perkara itu.

"Kita menang. Bakar mercun di bangunan baharu Umno di Sungai Besar. Terima kasih dan tahniah kepada BN kerana memenangi PRK P093 Sungai Besar," tulis beliau.

Bagaimanapun, Jamal gagal memberi jawapan yang betul apabila diminta mengesahkan perkara itu dan hanya menunjukkan tanda bagus sebagai maklum balas.

Hampir sejam selepas pengumuman menerusi WhatsApp itu, mercun dibakar selama hampir lima minit di bangunan Umno di sini.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang; calon PAS, Dr Abdul Rani Osman merangkap Adun Meru dan Parti Amanah Negara diwakili Azhar Abdul Shukur.

Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , PRK Sungai Besar , Umno , BN
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan