PRK Sg Besar: Warga Emas Puji Perkhidmatan Buggy SPR

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Perkhidmatan kereta 'buggy' yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Utama di sini, dipuji golongan warga emas.

Rata-rata pengundi golongan berkenaan dilihat memilih untuk menggunakan perkhidmatan itu memandangkan jarak pagar sekolah ke bilik saluran mengundi kira-kira 100 meter.

Seorang pengundi tegar kawasan itu, Khadijah Sultan, 75, berkata sebelum ini tiada perkhidmatan berkenaan disediakan menyebabkan ramai warga emas terpaksa ditolak menaiki kerusi roda oleh anggota keluarga atau petugas SPR.

Beliau berkata perkhidmatan kereta buggy itu juga lebih praktikal dan cepat, memandangkan ia boleh mengangkut ramai pengundi warga emas sekaligus, untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

"Sebelum ini saya boleh jalan sendiri tapi kali ini kesihatan makin kurang, lutut sakit jadi ada kereta ini senang juga, tak payah jalan jauh-jauh," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Bagi Chia Moy Khang, 69, beliau menarik nafas lega tatkala melihat adanya perkhidmatan kereta buggy ketika masuk ke dalam pagar pusat daerah mengundi berkenaan.

Beliau berkata walaupun masih boleh berjalan, namun pergerakannya sedikit perlahan dan agak terhad akibat diserang strok dua tahun lepas.

"Bagus ada kereta ini, patut disediakan selalu, senang orang tua dan tak sihat macam saya nak pergi mengundi," katanya.

Selain kemudahan 'buggy', SPR turut menyediakan kerusi-kerusi roda bagi memudahkan golongan warga emas dan mereka yang memerlukan untuk mengundi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar diadakan hari ini berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi dengan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Ab Shukur, calon Parti Amanah Negara (Amanah).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan