PRK: BN Mendahului Di Sungai Besar & Kuala Kangsar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan Nasional  (BN) mendahului di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang berlangung Sabtu.

Keputusan pertama menunjukkan BN mendahului 502 undi, diikuti Amanah dengan 391 undi, manakala PAS memperoleh 184 undi di Sungai Besar.

Sementara itu, di Kuala Kangsar pula, undi BN sebanyak 358 menbolehkan parti itu mendahului Amanah yang mendapat 164 undi, manakala 101 undi bagi PAS.

Calon Bebas pula hanya mendapat empat undi.

Berdasarkan pemantauan, BN mendahului di semua pusat mengundi sejak proses berkenaan dijalankan pada pukul 8 pagi.






Tags / Kata Kunci: BN , PRK Sungai Besar , Kuala Kangsar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan