PRK Sungai Besar: Calon Amanah Gembira Undi Lebih Tinggi Berbanding PAS

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2016 9:46 PM

Azhar Abdul Shukur (kanan).

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SUNGAI BESAR: Walaupun tewas di tangan Barisan Nasional (BN), tetapi calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur berkata, beliau gembira apabila menerima lebih banyak undi berbanding PAS.

Azhar yang ditemui di ibu pejabat Amanah di sini berkata: "Ia hebat. Melebihi daripada apa yang dijangka."

Berdasarkan keputusan rasmi, BN diumumkan sebagai pemenang dengan majoriti 9,191 undi, meninggalkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) dengan 7,609 undi dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang mendapat 6,902 undi.

Azhar bertanding dalam pertembungan tiga penjuru antara Dr Rani Osman dari PAS dan Budiman Ahmad Zohdi (BN). 

Tags / Kata Kunci: Azhar Abdul Shukur , Amanah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan