'Terima Kasih' Rafizi Bongkar Salah Laku Dalam Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 8:43 PM

Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BESAR: Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos 'berterima kasih' kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui olehpartinya sendiri.

Beliau berkata tindakan Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menunjukkan seolah-olah salah laku kuasa dan rasuah memang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Rentetan laporan Rafizi itu, saya difahamkan SPRM telah menahan seorang bekas Anggota Parlimen di Selangor dua hari lepas bagi membantu siasatan kes rasuah.

"Kita berharap dengan penahanan itu, SPRM akan menjalankan siasatan lebih terperinci termasuk turut menjurus kepada menteri besar memandangkan yang ditahan itu adalah orang kuatnya. Kita juga ucapkan tahniah kepada Rafizi kerana telah tunjukkan isu sebenar berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor,"katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Sumber SPRM dilaporkan berkata bekas wakil rakyat itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang dikatakan diterima daripada seorang kontraktor.

Bekas anggota Parlimen itu bagaimanapun dibebaskan SPRM kira-kira 3 petang semalam setelah selesai memberi keterangan. Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan.

Rafizi pada bulan lepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berhubung dakwaan salah laku pentadbiran kerajaan negeri Selangor selain mengemukakan maklumat dan bukti serta individu yang didakwanya terlibat. 

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Selangor.   

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan untuk mendapatkan wanita sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Jamal Md Yunos , Rafizi Ramli

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan