Laporan Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik Hanya Khabar Angin - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 7:24 AM

Gambar fail Tan Sri Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan kononnya empat warga Malaysia menjadi mangsa penculikan terbaru oleh kumpulan pengganas di selatan Filipina pada Khamis hanya khabar angin, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pihak berkuasa Filipina juga tidak menerima maklumat berhubung kejadian culik seperti yang dilaporkan media negara itu. 

"Ia hanyalah khabar angin sahaja dan polis juga tidak menerima apa-apa maklumat berhubung laporan itu buat masa ini," katanya kepada Bernama

Sebuah laporan berita Filipina memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, S/Supt Joselito Salido sebagai berkata sekumpulan suspek tidak dikenali didakwa membawa tebusan rakyat Malaysia itu ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Terdahulu, Khalid dilaporkan berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan