Nadri Siron Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JPJ Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Datuk Nadzri Siron dilantik sebagai KetuaPengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang baharu berkuat kuasa Khamis (16Jun) bagi menggantikan Datuk Seri Ismail Ahmad yang bersara wajib pada tarikh sama.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata Nadzri, 57, adalah antara empat pegawai kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan yang baharu dilantik semalam.

Tiga lagi pegawai berkenaan ialah Datuk Arifin Che Mat dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Abdul Rahim Ishak sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara dan Mohd Jamalludin Kasbi sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli.

"Saya yakin pegawai-pegawai tersebut akan dapat menerajui jabatan masing-masing dengan kecemerlangan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," kata Ali dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata Nadzri yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Sejarah) dari Universiti Malaya, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 32 tahun, bermula sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan1984.

Ali berkata Nadzri berpengalaman luas dalam bidang pengurusan awam,pentadbiran, logistik, penguatkuasaan, keselamatan dan pembangunan sumber manusia.

Nadzri pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM); Pengarah Bahagian Keselamatan Negara Negeri Selangor; Pengarah Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan; Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan; Setiausaha Pembangunan Kompetensi Kementerian Pertahanan dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Arifin, 59, pula dilantik menggantikan Abd. Ghafar Yusof yang juga bersara wajib pada tarikh sama.    

Ali berkata Arifin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) (PengajianAsia Tenggara) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti New Haven, Amerika Syarikat. 

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 35 tahun dan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1981.  

Arifin berpengalaman luas dalam bidang pembangunan, pengurusan logistik, pembangunan industri, pengurusan belanjawan, kewangan, keselamatan dan penguatkuasaan menerusi karier perkhidmatan.

Antaranya sebelum ini beliau adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perindustrian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan.

Arifin juga pernah memegang jawatan Ketua Unit Pengurusan Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia; dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ.

Ali berkata Abdul Rahim, 53, pula menggantikan Datuk Mohamad Yusoff Ghazali, yang akan bersara wajib pada 25 Mei, mulai semalam (16 Jun).   

Abdul Rahim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Alam Sekitar)dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan danTeknologi Maklumat) dari Universiti Sheffield, England. 

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 24 tahun dan mula menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis1992.

Ali berkata Abdul Rahim berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran,perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, keselamatan dan kewangan menerusi karier perkhidmatan.

Antaranya sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; Pengarah Bahagian Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan JPM.

Dalam pada itu, Ali berkata Mohd Jamalludin, 58, menggantikan Datuk Hasnan Hassan yang akan bersara pilihan, mulai semalam (16 Jun).

Mohd Jamalludin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian (Sejarah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 35 tahun, bermula sebagai Pegawai Tadbir Am pada 14 Dis 1981 sebelum dilantik ke Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 15 Okt 1991. 

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran, perancangan strategik,pengurusan sumber manusia, keselamatan dan kewangan menerusi karier perkhidmatan.

Antaranya sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Visa, Pas dan Urusetia, Jabatan Imigresen; Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Jabatan Imigresen; Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri; Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan JPM; Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) di KKLW. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan